Alif : Kebush… Kebush…
Alif : Banjir besar…
Alif : Ada banjir besar, hehehe..
Papa : Haa… Alif buat apa tu?
Alif : Alif main bot Papa…
Alif : Tapi dah nak tenggelam dah…
Sofia : Ada-ada je lah Alif ni… Hehehe.
Papa : Haa, Alif dengan Sofia nak dengar tak
Papa : Cerita banjir besar dan kapal besar.
Alif & Sofia : Nak, nak… cerita lah Papa!
Papa : Haa… Mari Papa ceritakan tentang Nabi Nuh Seorang Hero…
Papa : Nabi Nuh a.s merupakan keturunan Nabi Idris a.s.
Papa : Nabi Nuh a.s. dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun.
Papa : Penduduk Armenia merupakan kaum Nabi Nuh a.s
Papa : Dan terbahagi kepada dua.
Papa : Iaitu, orang yang beriman yang percaya kepada Allah SWT
Papa : Dan orang yang tidak beriman, percaya kepada berhala.
Sofia : Ermmm… tapi kan Papa
Sofia : Apa kaitan Nabi Nuh a.s dengan kapal besar dan banjir besar?
Papa : Haa… Sabar, Papa tak habis cerita lagi ni..
Sofia : Hehehe… Okey Papa.
Papa : Nabi Nuh a.s tidak berputus asa dan terus menyampaikan dakwahnya
Papa : kepada orang yang tidak beriman termasuklah isteri dan anaknya Kan’an…
Papa : Sehingga lah Allah SWT perintahkan Nabi Nuh a.s membina sebuah kapal.
Alif : Hah, haa… Kapal macam ni kan Papa?
Sofia : Kapal tu besar, bot Alif tu kecik je… Hehehe…
Alif : Alaa.. Sofia ni…
Papa : Haa.. Nak Papa sambung cerita lagi tak?
Papa : Kaum Nabi Nuh a.s yang tak beriman telah ketawakan Nabi Nuh
Papa : Dan pengikutnya yang membina kapal di atas bukit.
Papa : Namun kaum Nabi Nuh a.s dan pengikutnya tetap berusaha
Papa : Membina kapal tersebut seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT…
Papa : Kapal yang dibina itu, telah berjaya menyelamatkan orang beriman
Papa : Dan binatang dari ditenggelami air ketika banjir yang besar.
Papa : Manakala orang tidak beriman termasuk isteri Nabi Nuh a.s dan anaknya
Papa : Telah tenggelam dibawa arus banjir yang besar.
Sofia : Jadi… orang yang dengar ajaran Nabi Nuh a.s je lah
Sofia : Yang boleh naik kapal tu, kan Papa.
Papa : Haa.. Pandai pun Sofia.
Alif : Haa.. Alif tahu
Alif : Baby Baa pun dapat naik kapal besar tu kan Papa… Hehehe.
Sofia : Baby Baa boleh naik bot Alif je…
Sofia : Itu pun dah tenggelam… Hehehe.
Sofia : Eh… Hehehe…
Papa : Alaa, koko pun nak dengar cerita Papa… Tapi habis dah…
Papa : Takpe… Nanti Papa cerita lagi ye.
Sofia : Ohsem!