Alif : Yeay, Alif menang! Alif bannyyyak coin!!!
Baby Baa : Mbekkkkk…
Sofia : Wooowww, Alif hebatlah!
Sofia : Banyaknya kumpul coin!
Alif : Isy, Sofia ni kacau je…
Papa : Alif, Sofia main apa tu?
Alif : Main game, Papa!
Sofia : Alif ni tak bagi Sofia main pun…
Alif : Papa! Papa! Alif menang banyakkkkk coin…
Papa : Wah, hebat betullah Alif ni!
Alif : Papa, kalau banyak coin ni boleh beli barang kan?
Papa : Emmm… Kalau coin sebenar, sedekah pun boleh.
Papa : Haa, bulan puasa ni nak bayar zakat fitrah pun boleh, tau!
Alif : Za-kat..
Alif : Fit-fit…
Sofia : Zakat fitrahlah, Alif.
Sofia : Err, Papa!
Sofia : Apa beza zakat fitrah dengan sedekah?
Papa : Haa… kalau nak tahu, jom ikut Papa!
Papa : Haa, dah! Dah!
Papa : Berbalik kepada soalan Sofia tadi…
Papa : Zakat fitrah dibayar pada waktu tertentu
Papa : Iaitu pada bulan Ramadan dan sebelum solat Aidilfitri.
Papa : Dan…
Papa : Sedekah pula boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Papa : Haa, Sofia dan Alif nak tahu tak siapa yang kena bayar zakat fitrah ni?
Alif : Alif tahu!
Alif : Mestilah orang yang banyak coin eh duit… kan, Papa kan?
Papa : Hehehe, ada-ada je la Alif ni…
Papa : Kalau Alif dan Sofia nak tahu
Papa : Kita semua kena bayar zakat fitrah sebab zakat fitrah ni wajib.
Papa : Zakat fitrah ni merupakan salah satu Rukun Islam
Papa : dan kalau kita sebut pasal Rukun Islam ni, kita…
Sofia : …wajib tunaikan, kan Papa?
Papa : Ya, betul tu Sofia!
Papa : Alif, Sofia nak tahu tak kalau kita bayar zakat
Papa : Kita dapat bantu orang lain.
Alif : Ermmm… Siapa, Papa?
Papa : Haa, mereka adalah golongan yang diutamakan
Papa : Seperti golongan fakir dan miskin.
Alif : Alif pun nak bayar zakat jugalah nanti bila dah besar.
Sofia : Hehehe… Sofia pun…
Papa : Eh, sebut pasal bayar zakat ni…
Papa : Papa rasa kan…
Papa : Papa belum bayar zakat lagi lah…
Alif & Sofia : Hah??? Papa ni…
Papa : Rasanya, buka lagi kaunter zakat ni.
Papa : Siapa nak ikut Papa pergi bayar zakat?
Alif & Sofia : Nakkkkkkkk, nakkkkk!!!
Sofia : Papa memang ohsem! Hehehe…