Alif : Yeay! Best kan Alif dan Sofia?
Alif : Subscribe di YouTube ya!
Sofia : Eh?
Sofia : Mana badan Sofia ?
Alif : Hohohohoho..
Alif : Bip..Bop.. Saya robot
Alif : Alif tahu!
Alif : Kawan-kawan boleh komen di Facebook
Alif : dan Twitter Alif Sofia tau!
Sofia : Sofia nak kaki Sofia..
Sofia : Ok!
Sofia : Temui Alif & Sofia setiap hari Jumaat
Sofia : di YouTube ya
Alif : Alif kaki kambing? Hahahaha
Sofia : Hmm… Ada ada jelah Alif ni
Alif : Alif bosanlah Sofia…
Alif : Eh?
Alif : buku apa yang Sofia baca tu?
Sofia : Ni? Jom Sofia bacakan…
Sofia : Pengorbanan Siti Hajar
Sofia : ibu kepada Nabi Ismail a.s.
Sofia : yang berlari-lari
Sofia : antara Bukit Safa dan Bukit Marwah…
Sofia : Buku ni juga pasal sejarah
Sofia : Bukit Safa dan Bukit Marwah
Sofia : Alif tahukan?
Alif : Alif tahu!
Alif : Bukit Sofa dan Marwah hehehe…
Sofia : Bukit Safa lah Alif
Sofia : Hehehe!
Sofia : Alif nak tahu tak
Sofia : sejarah Sai di Bukit Safa dan Bukit Marwah ni?
Sofia : Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim a.s
Sofia : agar meninggalkan anak dan isterinya
Sofia : di satu lembah berbukit
Sofia : yang kering kontang dan panas.
Sofia : Nabi Ismail, anak kecil pada ketika itu
Sofia : menangis kerana kehausan.
Alif : Hm… Kesiannya Sofia…
Sofia : Haa, sebab tu lah adanya perjuangan Siti Hajar.
Sofia : Nak Sofia sambung lagi tak?
Alif : Nak! Nak! Alif nakkk…
Sofia : Ibu Nabi Ismail, Siti Hajar
Sofia : seorang yang sangat sabar dan gigih.
Sofia : Siti Hajar berlari berulang-alik sebanyak tujuh kali
Sofia : di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah
Sofia :mencari air untuk diberikan kepada Nabi Ismail
Alif : Fuh, fuhh, fuh…
Sofia : Alif ni
Sofia : ada-ada je lah
Sofia : Jom, Sofia nak sambung baca lagi ni
Sofia : Nabi Ismail menangis sambil
Sofia : menghentak-hentak kakinya ke tanah.
Sofia : Dan dengan kuasa Allah SWT
Sofia : tiba-tiba keluar air dari dalam
Sofia : tanah yang kering kontang.
Alif : Waaaa
Sofia : Subhanallah…
Alif : Subhanallah… Hehehe…
Sofia : Siti Hajar pada ketika itu berasa sangat gembira.
Sofia : Dia mengambil air lalu diberikan Nabi Ismail.
Sofia : Alif tau tak
Sofia : air apa yang Siti Hajar beri Nabi Ismail minum?
Alif : Alif tahu!
Alif : Air mineral!
Alif : Mama dan Papa selalu beli, hehehe..
Sofia : Air zam-zam lah Alif hehehe…
Sofia : Haa!
Sofia : sejak dari peristiwa tu
Sofia : Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s
Sofia : terus tinggal disitu.
Sofia : Air dari telaga zam-zam itu pula
Sofia : tidak pernah kering hingga ke hari ini.
Alif : Seronoknya Sofia!
Sofia : Nanti, Sofia bacakan buku lagi boleh?
Sofia : Ohsemlah Alif ni!
Sofia : Boleh je
Sofia : nanti Sofia bacakan lagi ya.