Hai!
Seronok kan cerita Alif Sofia?
Kawan-kawan nak tengok lagi?
Haa!
Kalau kawan-kawan nak tengok
Jangan lupa, tekan button subscribe
dan icon loceng sekali ya!
Sofia : Eh? Alif buat apa tu?
Sofia : Ada ada je Alif ni
Sofia : Hehehe (ketawa)
Kenali Keluarga Nabi
Papa : Sallallahu ’Alaa Muhammad
Papa : Sallallahu ’Alaihi Wasallam
Papa : Sallallahu ’Alaa Muhammad
Papa : Sallallahu ’Alaihi Wasallam
Alif: Papa , lagu apa tu?
Sofia : Tu bukan lagulah, Alif…
Sofia : Tu selawat.
Papa : Ya, Alif.
Papa : Tahu tak siapa Nabi Muhammad SAW?
Alif tahu!
Alif: Mama pernah cakap
Alif : yang Nabi Muhammad tu nabi last….. kan?
Sofia : Pandainya, Alif!
Sofia : Alif tahu tak
Sofia : kenapa kita kena selalu berselawat kepada nabi?
Alif : Kenapa, Sofia?
Papa : Ehem! Ehem!
Papa : Lupa ya Papa ada kat sini?
Papa : Alif dan Sofia akan dapat banyak pahala
kalau selawat dan ingat kepada nabi.
Papa : Haa, salah satu cara
nak ingat Nabi ialah
kita kena tahu kisah hidup Nabi kesayangan kita ni…
Alif & Sofia : Yeay!
Papa : Nabi Muhammad SAW
Papa : lahir pada Hari Isnin, Tahun Gajah.
Papa : Pada tahun nabi dilahirkan
Papa: terdapat tentera bergajah menyerang kota Mekah.
Papa : Sebab itu tahun nabi lahir
Papa : disebut Tahun Gajah.
(BabyBaa)
Alif : Hohohohoho
Alif,Sofia,Papa : Hehehe (ketawa)
Alif : tahun Kambing Baby Baa ada tak Papa?
Sofia : Isy, mana adalah Alif..
Sofia : Merepek je!
Papa : Aip, aip,aip!
Papa : Alif dengan Sofia nak dengar lagi tak cerita ni?
Alif & Sofia : Mestilah nakkkk…
Alif : Wooowww…
Alif : cantiknya!
Sofia : Papa, ustazah Sofia kata
Sofia : nama ibu Nabi , Aminah binti Wahab
Sofia : dan bapa Nabi pula Abdullah bin Abdul Muttalib.
Papa : Ya, betul tu Sofia!
Papa : Nabi Muhammad menjadi yatim piatu
Papa : sejak dari usia kecil
Papa : kemudian dijaga oleh datuknya,
Papa : Abdul Muttalib.
Papa : Selepas datuk Nabi tiada,
Papa : bapa saudara Nabi pula menjaga baginda,
Papa : iaitu Abu Talib.
Papa : Selepas dewasa Nabi berniaga ke serata negeri
Papa : dan akhirnya berkahwin dengan Siti Khadijah.
Papa : Haa… Nabi dan isteri dikurniakan tujuh anak,
Papa : salah seorangnya bernama Fatimah
Papa : yang baik dan solehah.
Sofia : Sofia pun nak jadi anak solehah la.
Alif : Eh!
Alif : Alif pun nak jadi anak solehah
Papa & Sofia : Solehlah, Alif!
Papa & Sofia : Hehehe…(ketawa)