Alif : Yeay! Best kan Alif dan Sofia?
Alif : Subscribe di YouTube ya!
Sofia : Eh?
Sofia : Mana badan Sofia ?
Alif : Hohohohoho..
Alif : Bip..Bop.. Saya robot
Alif : Alif tahu!
Alif : Kawan-kawan boleh komen di Facebook
Alif : dan Twitter Alif Sofia tau!
Sofia : Sofia nak kaki Sofia..
Sofia : Ok!
Sofia : Temui Alif & Sofia setiap hari Jumaat
Sofia : di YouTube ya
Alif : Alif kaki kambing? Hahahaha
Sofia : Hmm… Ada ada jelah Alif ni
Mama : Alif…
Mama : Sofia…
Mama : Siapa nak dengar cerita?
Alif & Sofia : Yeay!!
Mama : Alif dan Sofia tahu tak
Mama : Apa itu Hajarul Aswad?
Alif : Alif tahu!
Alif : Err….
Sofia : Ustazah Sofia cakap
Sofia : Hajarul Aswad tu batu hitam
Sofia : Yang ada kat penjuru Kaabah kan Mama?
Sofia : Betul tak?
Mama : Betul tu Sofia
Mama : Haa, kisah Hajarul Aswad ni salah satu kisah
Mama : yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW ni
Mama : Seorang hero yang boleh kita contohi tauuu.
Mama : Ketika Nabi Muhammad SAW berusia 35 tahun
Mama : Berlaku satu kebakaran yang telah memusnahkan kelambu
Mama : Dan binaan dinding Kaabah…
Mama : Kaum Quraisy pada masa itu,
Mama : mengambil keputusan untuk membina semula Kaabah.
Mama : Setelah Kaabah siap dibina
Mama : Hajarul Aswad perlu diletakkan ke tempatnya semula.
Mama : Tetapi pada waktu itu
Mama : Telah terjadi salah faham antara kabilah-kabilah kaum Quraisy
Alif : Emmm… Mama
Alif : Kabilah tu apa?
Mama : Kabilah ni adalah
Mama: Beberapa kumpulan orang dari kaum Quraisy
Mama : Dan, setiap kumpulan ini mempunyai seorang ketua…
Mama : Terjadinya salah faham
Mama : Sebab nak pilih siapa yang paling layak
Mama : Untuk meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya semula.
Alif : Ohh… Lepas tu..
Mama : Siapa yang letak, Mama?
Mama : Haa, masa tu lah
Mama : Nabi Muhammad SAW sampai…
Mama : Nabi Muhammad SAW yang bijak
Mama : Dapat menyelesaikan salah faham itu.
Mama : Baginda menghamparkan serbannya
Mama : Ditengah-tengah kabilah kaum Quraisy
Mama : Kemudian, Hajarul Aswad itu diletakkan di
Mama : Tengah-tengah serban Nabi Muhammad SAW…
Mama : Semua ketua kabilah pula
Mama : Diarahkan untuk mengangkat serban itu
Mama : Ke tempat berhampiran dengan Hajarul Aswad…
Alif & Sofia : Waahhh
Mama : Dan…
Mama : Nabi Muhammad SAW sendiri
Mama : Yang mengangkat batu Hajarul Aswad itu
Mama : Lalu di letakkan di tempatnya semula.
Sofia : Seronoknya Mama.
Mama : Haa, bila Hajarul Aswad dah diletakkan semula
Mama : Semua kabilah-kabilah kaum Quraisy memuji
Mama : Dan memberi penghormatan yang besar
Mama : Kepada Nabi Muhammad SAW.
Mama : Alif ni, tidur pula dia ya…
Mama : Hehehehe
Sofia : Ohsem!