Lailatul Qadr

Lailatul Qadr” ialah episod kelima dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin.

Ringkasan

Upin dan Ipin menghayati erti Lailatul Qadr dari Opah. mereka bercadang untuk berada dalam surau selepas terawih untuk mengaji al-Qur’an. Sementara itu, Ehsan dan Fizi tiba di surau lalu mengajak Upin dan Ipin bermain bunga api, tetapi adik-beradik itu menolak pelawaan mereka. Sementara itu, kedengaran juga bunyi letupan mercun.

Trivia

  • Episod ini dilabel sebagai episod ke-11 kerana dikira mengikut kiraan dari musim pertama.
This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.