Air Kolah, Air Laut

Air Kolah, Air Laut” (dua bahagian) ialah cerita yang dibahagikan kepada dua episod, iaitu episod pertama dan kedua dalam musim ke-3 dalam musim ketiga siri Upin & Ipin yang diberi tajuk penuh yang baru iaitu Upin & Ipin dan Kawan-Kawan, dan juga format baru yang mendalami tema-tema “universal” yang boleh diselami sepanjang tahun selain tema Ramadan dan Aidilfitri pada dua musim yang sebelumnya.

Ringkasan

Bosan berdiam dalam rumah sahaja ketika hujan lebat di luar, Upin dan Ipin akhirnya mencari keseronokan dalam bilik mandi dengan bermain-main kapal di atas air kolah sambil membayangkan diri mereka selaku Hang Upin dan Hang Ipin yang menyelamatkan Puteri Mei Mei daripada tawanan Kapten Jarjit Singh si lanun di tengah-tengah laut.

Plot

Bahagian 1

Hujan lebat menyebabkan Upin & Ipin kebosanan berdiam di rumah sahaja, tetapi mereka dididk oleh Opah bahawa hujan itu rahmat dari Tuhan. Senyap-senyap, Upin & Ipin merancang sesuatu yang memerlukan imaginasi, iaitu membayangkan diri mereka merupakan dua pahlawan yang hendak menyelamatkan Puteri Mei Mei dari genggaman Jarjit si lanun.

Bahagian 2

Ketika Hang Upin dan Hang Ipin berlawan pantun dengan Jarjit si lanun, mereka dicelah oleh serangan Kak Ros. Rupa-rupanya mereka berdua bermain kapal kertas di bilik mandi.

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.