“Berpuasa Bersama Kawan Baru” (dua bahagian) ialah episod ke-22 dan ke-23 dalam musim ke-3 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Episod ini memperkenalkan watak baru iaitu Susanti dari Indonesia. Ringkasan Bahagian 1 Di gerai Mail, Upin & Ipin bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang lain macam pelatnya, baru pindah ke mari hari kelmarin. Kemudian, mereka menyedekahkan ayam goreng yang […]
“Seronoknya Membaca” (tiga bahagian) ialah episod ke-19 ke-20 dan ke-21 dalam musim ke-3 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Ringkasan Bahagian 1 Mei Mei dan Upin bergilir-gilir membacakan cerita Arnab dan Kura-kura kepada seluruh bilik darjah mengikut buku cerita, diikuti Mail yang begitu kecoh, berpura-pura sudah baca tetapi mereka-reka kesudahan cerita. Ijat dipanggil untuk menyambung cerita, tapi […]
“Kami 1 Malaysia” (dua bahagian) ialah episod ke-17 dan ke-18 dalam musim ke-3 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan, istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan. Ringkasan Bahagian 1 Upin, Ipin dan kawan-kawan leka bermain perang-perang, sehingga Opah menyuruh mereka semua masuk ke rumah untuk mendengar kisah hidup Opah sewaktu zaman peperangan sebagai pengajaran kepada anak-anak agar bersyukur dengan […]
“Istimewa Hari Ibu” (dua bahagian) ialah episod ke-15 dan ke-16 dalam musim ke-3 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Ringkasan Bahagian 1 Seluruh bilik darjah heboh membincangkan Hari Ibu yang menjelang, malangnya Upin dan Ipin tiada ibu tersayang. Opah menceritakan serba sedikit kisah ibu Upin, Ipin dan Ros sewaktu hidup. Bahagian 2 Upin dan Ipin hendak bermain […]
“Kembara ke Pulau Harta Karun” (sebelas bahagian) ialah sebuah karya visual yang istimewa dalam francais Upin & Ipin. Sebenarnya, adalah agak rumit untuk menerangkan setepatnya apa ia sebenarnya kepada orang umum. Pada mulanya, ia sebuah filem cetera, tetapi dipecahkan menjadi episod-episod dalam siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan di musim ke-3 dan Upin & Ipin di musim ke-6. Versi siri TV yang dipertontonkan […]
“Kisah Dua Malam” (dua bahagian) ialah episod ke-10 dan ke-11 dalam musim ke-3 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Ringkasan Bahagian 1 Upin dan Ipin berkongsi perihal Cikgu Jasmin menegah anak-anak dari berada di luar pada lewat malam kerana ancaman hantu, tetapi Opah membetulkan kenyataan itu sebagai teladan kepada anak-anak agar balik ke rumah awal. Kak Ros […]
“Gosok Jangan Tak Gosok” (tiga bahagian) ialah episod ketujuh, kelapan dan kesembilan dalam musim ke-3 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Ringkasan Bahagian 1 Upin dan Ipin tergamam kerana menggeruni doktor gigi yang hendak melawat tadika, jadi mereka cuba memperdaya Opah agar menyatakan tidak setuju dalam surat kebenaran, tetapi rancangan mereka digagalkan oleh Kak Ros. Bahagian 2 Doktor gigi datang melawat, […]
“Berkebun” (dua bahagian) ialah episod kelima dan keenam dalam musim ke-3 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Ringkasan Bahagian 1 Kak Ros melarang Upin dan Ipin bermain dengan kawan-kawan mereka, selagi mereka berdua tidak turut membantunya berkebun. Kawan-kawan Upin dan Ipin pun datang untuk menolong dan memberi tunjuk ajar kepada mereka berdua. Bahagian 2 Upin dan Ipin dan kawan-kawan menemui siput, beluncas […]
“Basikal Baru” (dua bahagian) ialah episod ke-3 dan ke-4 dalam musim ke-3 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Ringkasan Bahagian 1 Mail, Ehsan, dan Mei Mei memperagakan basikal baru di hadapan Upin dan Ipin. Walaupun seronok kejar-mengejar namun Upin dan Ipin terpaksa memecut dengan kaki, jadi mereka pun dahagakan basikal sendiri. Bahagian 2 Pada keesokan hari, Upin […]
“Air Kolah, Air Laut” (dua bahagian) ialah cerita yang dibahagikan kepada dua episod, iaitu episod pertama dan kedua dalam musim ke-3 dalam musim ketiga siri Upin & Ipin yang diberi tajuk penuh yang baru iaitu Upin & Ipin dan Kawan-Kawan, dan juga format baru yang mendalami tema-tema “universal” yang boleh diselami sepanjang tahun selain tema Ramadan dan Aidilfitri pada dua […]