Hari Raya

“Hari Raya” ialah episod keenam dan terakhir musim pertama Upin & Ipin yang asalnya disiarkan pada tahun 2007, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ringkasan Kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di rumah adik-beradik itu untuk beraya bersama. Mereka semua yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menikmati hidangan yang disediakan Opah. Setelah makan, mereka semua berkongsi pengalaman […]

Esok Raya

“Esok Raya!” ialah episod kelima dalam musim pertama Upin & Ipin. Kali pertama episod ini disiarkan adalah bersempena dengan sambutan malam Hari Raya Aidilfitri ketika itu. Ringkasan Opah cuba meyakinkan Upin dan Ipin bahawa ibadah puasa itu satu kewajipan yang akan diberi pahala oleh Allah setelah menamatkan riwayat. Adalah menjadi kebiasaan zaman sekarang bahawa ibu bapa […]

Terawih

“Terawih” ialah episod keempat dalam musim pertama Upin & Ipin. Episod ini menyaksikan kemunculan sulung Ehsan, Fizi dan Tok Dalang. Ringkasan Peluang Upin dan Ipin mengikut Opah dan Kak Ros ke surau untuk sembahyang terawih tercapai juga setelah beberapa hari berpuasa. Doa terawih sempena Ramadan ini seolah-olah menjadi peluang kanak-kanak bermain bersama kawan-kawan dan bukannya beribadah, tidak terkecuali Upin, Ipin […]

Nikmat

Ringkasan Tiba waktunya Upin dan Ipin berbuka puasa setelah mengharungi pelbagai dugaan pada hari pertama mereka berpuasa. Memang teruja dan tidak sabar mereka berdua menunggu saat menikmati hidangan lazat sempena malam berbuka puasa. Usaha puasa mereka akhirnya berhasil apabila mereka menikmati makanan sehingga kenyang. Selepas itu, kedua-dua mereka tertidur sambil terlupa rancangan untuk ke surau. […]

Dugaan

“Dugaan” ialah episod ke-2 musim pertama dan keseluruhan siri Upin & Ipin. Ringkasan Sesungguhnya sukar untuk anak-anak muda seperti Upin dan Ipin yang cergas dan nakal berpuasa untuk kali pertama. Mereka selalu terlupa ibadah puasa mereka apabila bangun pagi atau setelah bermain ketika cuaca panas terik, sehingga kawan-kawan mereka yang bukan Islam pun terpaksa mengingatkan mereka. […]

Esok Puasa

“Esok Puasa” ialah episod perdana bagi seluruh siri animasi Upin & Ipin, dan juga episod pembukaan bagi musim pertama Upin & Ipin yang bertemakan Ramadan dan Aidilfitri. Episod pertama ini bukan sahaja menyaksikan penampilan sulung Upin, Ipin, Kak Ros dan Opah, bahkan juga Mei Mei dan Rajoo. Ringkasan Upin dan Ipin yang mencecah usia empat tahun mula mengenali erti “puasa” dan ingin tahu tujuan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.