Berkat

“Berkat” ialah episod ke-12 dan terakhir dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin. Ringkasan Upin dan Ipin membantu menghantar makanan ke rumah Tok Dalang. Setibanya di sana, Tok pun mengajak Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka mencuba hidangan istimewanya iaitu ketupat berbentuk lembu. Selepas itu, Tok memberikan duit raya kepada semua kanak-kanak yang […]

Pagi Raya

“Pagi Raya” ialah episod kesebelas dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin. Ringkasan Pada waktu pagi 1 Syawal, Upin dan Ipin bermaaf-maafan dengan Opah dan Kak Ros. Selepas takbir sesi pagi, mereka mengajak kawan-kawan ke rumah mereka untuk menikmati juadah raya. Ketika makan, Mail meluahkan rasa kesal kerana gagal memenuhi kewajipan berpuasa […]

Malam Syahdu

“Malam Syahdu” ialah episod kesepuluh dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin. Ringkasan Sudah tiba malam raya, maka terawih diganti takbir. Upin dan Ipin tengah bermain bunga api tetapi disampuk Kak Ros menyuruh mereka menyediakan tikar. Lamanya masa yang diambil mereka untuk meratakan tikar sehingga Kak Ros terpaksa menegur mereka sekali lagi. Rupa-rupanya […]

Zakat Fitrah

“Zakat Fitrah” ialah episod kesembilan dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin. Ringkasan Dengan menceritakan kegiatan di surau tadi, Upin dan Ipin mengingatkan Opah agar membayar zakat fitrah. Mereka bertiga bergegas ke surau, tetapi surau sudah kosong, jadi mereka ke rumah Tok Dalang untuk membereskan kewajipan zakat mereka. Wang zakat diserahkan Opah ke […]

Ketupat

“Ketupat” ialah episod kelapan dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin. Ringkasan Opah mengajak Upin dan Ipin membantu menganyam ketupat bersama Kak Ros. Sambil menganyam, mereka berempat saling membincangkan khabar persiapan raya kawan-kawan mereka. Upin & Ipin bermain-main dengan membuat ketupat berbentuk lain. Kak Ros menegur mereka kerana cara mereka salah, tetapi diejek balik […]

Sayang Kak Ros

“Sayang Kak Ros” ialah episod ketujuh dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin. Ringkasan Upin dan Ipin mendesak agar Kak Ros dan Opah membeli baju baru untuk mereka sempena hari raya kelak, tetapi kecewa kerana Kak Ros enggan membeli baju baru. Di luar rumah, Upin & Ipin membincangkan persiapan raya bersama rakan-rakan. […]

Kisah & Tauladan

“Kisah & Tauladan” ialah episod keenam dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin. Ringkasan Rakan-rakan kelas Upin dan Ipin heboh pasal tangan Fizi yang berbalut, jadi Fizi menceritakan apa yang berlaku malam semalamnya. Mail pula didapati minum di khalayak ramai siang hari bulan puasa. Cikgu Jasmin pun masuk ke kelas dan membincangkan sebab dan […]

Lailatul Qadr

“Lailatul Qadr” ialah episod kelima dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin. Ringkasan Upin dan Ipin menghayati erti Lailatul Qadr dari Opah. mereka bercadang untuk berada dalam surau selepas terawih untuk mengaji al-Qur’an. Sementara itu, Ehsan dan Fizi tiba di surau lalu mengajak Upin dan Ipin bermain bunga api, tetapi adik-beradik itu menolak pelawaan […]

Tamak

“Tamak” ialah episod keempat dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin. Ringkasan Kak Ros membawa Upin & Ipin ke Pasar Ramadan untuk membeli makanan untuk berbuka puasa. Kak Ros memberikan duit kepada adik-beradik kembar itu untuk membeli satu barang sahaja, tetapi mereka terlebih beli ayam goreng sehingga cukup untuk memenuhi meja makan, […]

Adat

“Adat” ialah episod ketiga dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin. Ringkasan Upin dan Ipin mendapati Cikgu Jasmin tidak berpuasa, lalu bertanya kepada Opah mengapa begitu. Kak Ros menjawab pertanyaan adik-adiknya itu dengan berkata bahawa perempuan diberi cuti oleh Allah kerana Allah sayangkan perempuan. Upin dan Ipin masih tidak percaya. Petang itu, […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.