Hikmah Israk Mikraj

Sofia : Alif, jangan kacaulah!

Alif : Eh , macam mana Sofia tahu?

Sofia : Ala, ada sorang je yang suka mengacau dalam rumah ni…

Alif : Isy, bosanlah!!!

Sofia : Yeay, dah start!

Alif : Hemmm? Cerita apa tu?

Sofia : Ha, kenalah tengok.

Ustazah Isfadiah : Assalamualaikum semua.

Ustazah Isfadiah : Haa, Alif dan Sofia… Dah sedia?

Ustazah Isfadiah : Haa, Alif dan Sofia pun dah ada kat sini.

Ustazah Isfadiah : Penonton kat rumah dah sedia?

Ustazah Isfadiah : Hari ini ustazah nak ceritakan tentang Hikmah Israk Mikraj.

Alif : Ceritalah ustazah…

Alif : Alif nak tahu…

Sofia : Alif, sabar lah sikit… hehehe…

Ustazah Isfadiah : Haa, kalau Alif dan Sofia nak tahu…

Ustazah Isfadiah : Antara hikmah Israk Mikraj adalah

Ustazah Isfadiah : Sebagai tanda Allah itu Berkuasa.

Alif : Tanda Allah Berkuasa?

Ustazah Isfadiah : Ya, Alif.

Ustazah Isfadiah : Allah Maha Berkuasa

Ustazah Isfadiah : kerana menjadikan perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW

Ustazah Isfadiah : dalam satu malam sahaja.

Alif : Wah, hebatnya Allah!

Sofia : Betul tu, Alif!

Ustazah Isfadiah : Bukan itu je, Israk Mikraj ni juga sebagai bukti

Ustazah Isfadiah : ajaran Rasulullah SAW bersifat menyeluruh.

Ustazah Isfadiah : Alif, Sofia tahu kan tentang kewajipan solat?

Sofia : Ustazah, kita kena solat lima waktu sehari kan?

Ustazah Isfadiah : Betul tu, Sofia! Alif dan Sofia tahu tak

Ustazah Isfadiah : yang solat lima waktu itu dikurangkan dari 50 waktu.

Alif : Lima puluh waktu? Banyaknyaaaa…

Ustazah Isfadiah : Antara hikmah peristiwa Israk dan Mikraj adalah

Ustazah Isfadiah : Allah memerintahkan sendiri kewajipan solat

Ustazah Isfadiah : dan mengurangkan dari 50 waktu ke lima waktu sahaja.

Sofia : Macam solat yang kita buat hari ini kan, Ustazah?

Ustazah Isfadiah : Betul tu, Sofia!

Sofia : Terima kasih, Ustazah.

Sofia : Seronok lah cerita hikmah Israk Mikraj niii. Kan Alif kan?

Alif : Seronokkkkkkkkk!

Alif : Terima kasih Ustazahhh…

Ustazah Isfadiah : Hehehe, sama-sama Alif dan Sofia.

Alif : Mama, tadi kan ustazah cerita pasal hikmah Israk Mikraj.

Sofia : Betul tu… seronok tadi Mama.

Mama : Ala… dah habis ke?

Mama : Tak sempat Mama nak tengok…

Alif : Habis dah…

Sofia : Nanti Sofia boleh ceritakan kat Mama balik.

Alif : Alif pun tahu, Mama!

Sofia : Wah, Mama nak dengarlah. Alif dan Sofia memang…

Alif & Sofia : Ohsem!

 

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.