Kami 1 Malaysia

Kami 1 Malaysia” (dua bahagian) ialah episod ke-17 dan ke-18 dalam musim ke-3 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan, istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan.

Ringkasan

Bahagian 1

Upin, Ipin dan kawan-kawan leka bermain perang-perang, sehingga Opah menyuruh mereka semua masuk ke rumah untuk mendengar kisah hidup Opah sewaktu zaman peperangan sebagai pengajaran kepada anak-anak agar bersyukur dengan keamanan negara zaman sekarang.

Bahagian 2

Opah memesan Upin, Ipin dan kawan-kawan untuk membawa makanan ke rumah Tok Dalang. Setibanya di situ, mereka memerhati Tok Dalang baru bermula mengecat bendera Malaysia. Apabila Tok Dalang berehat, kanak-kanak semua berganding bahu menyiapkan bendera.

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.