Sayang Kak Ros

Sayang Kak Ros” ialah episod ketujuh dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin.

Ringkasan

Upin dan Ipin mendesak agar Kak Ros dan Opah membeli baju baru untuk mereka sempena hari raya kelak, tetapi kecewa kerana Kak Ros enggan membeli baju baru. Di luar rumah, Upin & Ipin membincangkan persiapan raya bersama rakan-rakan. Apabila Fizi menunjuk-nunjuk baju barunya, Upin & Ipin berasa tertekan. Rupa-rupanya Kak Ros bukannya membeli, sebaliknya menjahit baju baru untuk adik-adik kesayangannya.

Trivia

  • Episod ini dilabel sebagai episod ke-13 kerana dikira mengikut kiraan dari musim pertama.
This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.