“Tadika” ialah episod pertama Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua siri televisyen Upin & Ipin. Episod ini memperkenalkan watak-watak baru seperti Cikgu Jasmin, Jarjit dan Mail.
Ringkasan
Berlalunya setahun jagung sejak musim lalu, Upin dan Ipin sudah bersekolah di Tadika Mesra. Banyak juga kawan baru tetapi mereka masih bernakal lagi. Fizi dan Upin menarungkan labah-labah belaan mereka di kelas sebelum pelajaran bermula. Sewaktu belajar, Cikgu Jasmin mengingatkan ketibaan Ramadan, lalu Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan pengalaman berpuasa mereka.
Trivia
- Episod ini dilabel sebagai episod ke-7 kerana dikira mengikut kiraan dari musim pertama.
- Tag nama pada Fizi ialah “Hafizi”.
Kesilapan
- Semasa Ehsan mengetuai ucapan selamat pagi, Priya berdiri di belakang Dzul. Ijat pula berdiri di belakang Jarjit.
- Tetapi selapas semua murid-murid duduk di tempat masing-masing, Priya duduk di meja belakang Jarjit. Ijat pula duduk di meja belakang Dzul.